Saturday, September 28, 2013

Hujung september

Erm. Lama sangaaaaat tak update sampai lupe dah password blog.

Latest?

Bulan ni adalah first cycle on clomid. Doc prescribed 50mg for 5days starting day 2.

Hari ni hari ke - 13.

Nervous.

Sepatutnya kena teruskan ambil Duphaston tapi lupa top up ubat. Not taking it since yesterday. And tomorrow too.

Suhu dah lama tak ambil.

Folic acid aseeeeek lupa je.

Hoi la! Seakan akan kurang bersungguh di situ tapi ya Allah hati melimpah perasaan nak anak.

Tak cukup usaha --- jgn blame Tuhan ye. Noted.

Erm. Kerja terasa terbeban + ade konflik dengan rakan sekerja sekarang. Tapi dalam usaha nak pulihkan hubungan.

Last Doc visit , alhamdulillah HSG went well. Result pattern and able to conceive.  Dengan izin Allah.

Result HSA ada kesulitan sikit. Kandungan WBC tinggi > 1 million. Doc prescribed Azithromycin 1g stat.

Taken 6 september.

Next appointment scheduled on November. Hoping for smooth sailing. Allah knows best!

Friday, August 2, 2013

hsg : done

Did mine on Wednesday 30-7-13
Ramadhan 21, 1434H

The feeling was not nice. Haha.
But I managed to survive after 1 hour procedure.
Yup, one hour including waiting the machine to warm up.

Good thing bout that was it helped me to calm my mind.
I was nervous and was shaking badly during the procedure.
Luckily no male doctor was around. Had to use my privilege as staff in that hospital as previous pap smear experience went bad. Erm.

Next review will be on 8 September.

May this Ramadhan bring happiness to all of us.
Keep believing.





Monday, July 22, 2013

late but here

It s late but it s here.

First day menses - Ramadhan 13.

Duphaston cycle 2.
Esok kene buat appt untuk HSG - day 10.
Blood test for D21.


La tahzan. Ada hikmah.
Be prepared :)

Thursday, June 20, 2013

New things

Short listed

- currently on Duphaston 10mg BD (day 20)
- experienced lower backpain. Severity level : I got pain even I was snizzing.
- spotting noticed last 3 days.
- UPT did yesterday : negative

Plan for scan today before futher manage by doc.

Ya Allah. Moga Ramadan yang datang ni lebih bermakna.

No painkiller.

Sunday, June 2, 2013

Pap Smear

Jumaat lepas 31.5.13 first review dengan Klinik Gynea.

Awal awal dah bagitau bos pagi lambat masuk kerje sebab nak jumpa Dr. Tak tahu procedures sebab kali pertama buat appointment kat Hospital Melaka.

Untuk panduan orang lain, saya cuba tulis sedetails mungkin :)

Sebelum buat appointment dengan Klinik gynae, perlu untuk kite dapatkan surat rujukan. Saya kerja di hospital jadi surat rujukan kinik mesra yang buatkan. Untuk orang awam, mungkin boleh refer dari hospital atau klinik kesihatan yang terdekat.

Dah ade surat rujukan, dapatkan appointment dengan nurse di Klinik Pakar O&G. Klinik tu terletak berdekata dengan mesin ATM di bawah unit Patology.

Pastikan waktu temujanji sebab waktu rawatan berbeza slot. Temujanji saya jam 8 pagi tapi jumpe Dr dalam 9 pagi jugak o.O

Sabarlah menunggu.

Oh ye, sistem die macam tak ikut urutan nombor. Jadi jangan terkejut kalau kalau nombor giliran masih belum tiba walaupun lagi lama tungguu dari orang lain.

Saya assume setiap bilik ade kategori masing masing tapi menggunakan satu giliran nombor sahaja.

Jangan risau sebab ade banyak bilik rawatan. Seingat saya ade 14 bilik. Huhu.

Ok. Untuk first timer macam saya ni, sedikit lost dan blur di situ.

Masuk bilik Dr bila nombor dipanggil. Dalam bilik tu ade 2 orang doktor --- satu lelaki dan satu perempuan. Lega dapat Dr perempuan.


Erk. Stop sat. Nanti sambung.










Tuesday, May 28, 2013

Not yet

Hari ni minta suami belikan UPT kat farmasi  dah lame sgt tak buat test. Erm.. hampir dua bulan. Harapan menggunung. Tapi cuba pujuk hati untuk redha kalau maseh negative.

Balik kerje -- sempat prepare untuk dinner.  Dan terus buat test.

Nervous.

Pasrah sebab line satu. Nak nangis tak terkeluar.  Tak tahu kenapa.

It's ok baby, ibu will patiently wait. Gimme strength ya.

Appointment dgn gynea hari Jumaat ni. Tu antara sebab buat UPT hari ni, at least kalau doktor tanya dah boleh jawab.

Doakan jalan dimudahkan.. terlalu banyak nikmat yang Allah dah bagi. Harap nye kami terus cekal.

It is tough.







Friday, May 10, 2013

New place same tarrget

Alhamdulillah.. selamat tiba di Melaka dan banyak urusan dipermudahkan. Terima kasih Allah.

#Sedikit cerita kerja.

So far so good walaupun ditempatkan di unit yang nak sangat dielakkan tapi tetap Allah Maha Mengetahui jadi kene redha dan buat yang terbaik.

#TTC

Beberapa bulan plan ni tak berjalan sebab fokus nak pindah randah akhirnya hari ni baru sempat buat appointment dengan O&G. Kene reschedule sebab tak de surat rujukan dari Sabah. InshaAllah tak de aral, first visit will be on 31.5.2013.

BBT pun dah lame tak buat. Harus cari thermometer yang dah tak tahu diselit kat mane. Erm..

Tengah consider nak ambil supplements. Esok plan nak beli. Dan kene start minum balik Hi Goat.

Usaha dan usaha. Harap suami bertahan hingga ke akhirnye. Sebab sangat amat sayangkan dia.

#nota hati ni

Dear my future babies,
Ayah dan ibu sangat sangat mengimpikan kehadiran kalian. Sangat sangat. Semoga Allah bagi peluang untuk kita. I miss your presence. I miss the chaotic of being a mother. I miss everything about you.

Ibu tahu Allah Maha Adil. Terlalu banyak kesenangan yang Dia kurniakan. Tiada sebab untuk bertanya kenapa rezeki yang satu ni begini sekali penantiaannya.

Kalau ini harga yang perlu dibayar untuk jadi hambaNya yang lebih baik, ya Allah umi sanggup.

I am trying. We are trying.



Thursday, April 18, 2013

Ke Melaka

Alhamdulillah.

Settle satu target tahun ni. Dapat pindah balik. Baru je selesai hal shipping barang. InshaAllah,  takde aral.. minggu depan berlayar la barang semua ke Semenanjung.

Oh. This week dah start cycle baru. Genap hari ke 90 -- tup tup period. Walaupun pelik sebab 2 hari die datang dalam rupa spotting.

Al kisah, dalam kalut nak pindah ni -- sempat fikir tentang TTC.

Hasil test beta HcG -- negative. Dan hari yang same datang period.

Untuk pertama kalinya sejak TTC ni, saya nangis sesungguhnye.  Sambil makanan pun air mata mengalir. Rasa sedih sangat sangat. Kesian suami tak terpujuk dah dia. Sekarang Alhamdulillah dah ok.

Saya pujuk hati -- Allah mungkin nak bagi rezeki satu per satu.

Bulan ni dah dapat pindah,  mana tahu Dia turunkan rezeki di bulan lain.

Next plan, akan sambung treatment kat tempat baru. Harapannya Allah mudahkan. Sesungguhnye tak tersenarai panjangnya kasih Dia untuk kami.

Syukur. Syukur.








Wednesday, April 3, 2013

Trace

Call Gribbles KK sebab nak tahu result beta hCG. Trace name and IC tak de.

Call klinik tanya blood sample dah hantar belum -- katenye dah hantar.

Nervous.

Whatever the result will be.. I need to move on to other steps.

Tuesday, April 2, 2013

April

Bismillah.

Ssemalam petang jumpe Dr Del. Tapi tak bawak casenote sebab jumpe pun dah dekat jam 4.30. Just brief her on my hubs HSA result. Alhamdulillah hasil test, result semua normal.

So setakat ni hanya boleh capture --- my progesterone level is too low. Mungkin itu yang sebabkan period tak datang lagi. Today is day 84. Longest cycle so far.

Dah discuss dgn husband,  saya dah ready nak buat treatment in my words --- makan ubat.

Tough decision.

Bila tanye Dr Del, dia suggest to start with low dose progesterone.  20mg od for 5 days. Indicated to induce menses and prepare me for HSG. Ye belum dapat buat sebab no mense since January. One step at a time. Dah dapat result HSG baru akan decide sesuai tak untuk Clomid.

My concern, what if I am pregnant and UPT was false negative? Dr Del tak kate UPT tak accurate but she did suggested to double confirm by doing beta hCG. Another test to check pregnancy tapi by taking blood .

Suami setuju dan akan buat test tu dulu baru proceed to progesterone.

Untuk bulan inilah plan nya. Tambah lagi tengah prepare untuk pindah balik Semenanjung. Alhamdulillah rezeki yang satu ni Allah makbulkan.

Dont quit :)



Sunday, March 10, 2013

Belum datang

Last period dated 10th January 2013.

Minggu ni tak de simptom nak datang lagi.
HSG tertangguh.

Basal body temperature dah lame tak sukat. Asyik terlupa je tiap kali bangun pagi. Hmmm.

Dah start minum Hi Goat. Beli kat johor mase balik kg minggu lepas. Tu pun sorok sorok beli dari MIL. Satu pek 15's RM26 kat Larkin Sentral.  Baru minum 3 dos.

Ade jugak survey Royal Jelly dan EPO tapi tak beli lagi.

Bab bab compliance ni memang lemah tapi kene usahakan sebab ia tangga kejayaan.

Simptom baru -- macam low blood pressure. Cepat pening bila bangun. Mungkin sebab mengadap skrin GN2 ni lame sgt kot.

Tengah addict dengan Candy Crush Saga.

Oh ye, for record --- sedikit relief bila mama cerita MIL  cakap dia tak kisah dapat cucu awal ke tak. Err lebih kurang tak menekan sgt la kat kami pasal cucu. Sangat lega di situ. Ini perbualan hati ke hati mama dengan MIL. Allah je tahu betapa saya sangat sangat bersyukur sebab mereka memahami walaupun ade jugak saya hint hint kan dekat ma kami tengah usaha.

:) lama tak blog walking.


Tuesday, March 5, 2013

Back to Sabah

Bismillahirrahmanirrahim

First of all.. please pray for Sabah. Walaupun Lahad Datu jauh dari kami di pendalaman bawah Sabah ni, tetap terasa betapa gentingnya situasi sekarang. Allah selamatkan kita semua. Berdoalah.

Alhamdulillah.. minggu lepas dapat balik kampung bertemu mata dgn ma ayah dan keluarga mentua. Sedih jugak sebab balik kejap je tapi it was better than tak balik langsung.

Sekarang ni niat nak pindah balik dah jadi lain dah --- nak duduk dekat dgn family. Sekurang kurang boleh la melawat tanpa terpisah dgn Laut China Selatan.

Stop sini. InsyaAllah sambung nanti. Tibe tibe malas nak menaip. Wuwu

Thursday, February 14, 2013

Permintaan

Panjangnya list nak minta dari Allah.

Nak sihat
Nak anak
Nak pindah
Nak bahagia
Nak parents panjang umur
Nak kurang dosa
Nak orang kurang mengata

Nak nak nak nak segalanya mahu.

Tak perlu sangka buruk sebab Dia Maha Kaya.
Minta saja. Tapi kenal lah sifat Dia supaya hati lembut.

Tang Dynasty Over view | Kota Kinabalu

Saturday, February 9, 2013

Set of test

Minggu lepas ke klinik review jumpa Dr Del.

Semua result blood test dah complete. Alhamdulillah, FSH, LH Prolactin dan TSH semua in range aka normal. Yang lower than target adalah progesterone. Pasrah dan bersyukur sekurang kurangnya sekarang dah ade clue kenapa usaha belum terhasil.

Kali ni bawak husband sekali jumpe Dr.

Hari tu tak datang sekali sebab husband kene cover colleague dia kerja. Bagus datang bersama sebab apa pun yang Dr nasihat, dua dua boleh dengar dan sama sama faham.

Hasil review hari tu -- Dr cadangkan buat complete set of test ie HSA, HSG, Hep B HIV test.

Test ni penting sebelum jumpa pakar nanti. Dr Del's future plan buat test dulu semua kemudian kalau perlu baru jumpa specialist to speed up the process of waiting. Kami di Sabah, dan tak banyak choice nak review kat mane. We will try our best dulu dan cuba untuk tidak buang masa.

Time is ticking ie umur semakin meningkat. Kalau perlu dibantu, I want to get help as soon as possible.

Alhamdulillah husband pun dah ready nak buat semen analysis (HSA). Dan saya perlu ready fizikal mental nak buat HSG. It's not easy to allow a complete stranger digging out down there. T_____T Dan dengan itu, saya sekarang bizi membaca sana sini pengalaman orang lain.

Will try our best to get a female specialist first. Hasil Google, dah masukkan Dr Cheong Yee Tsing on the list. Kene telefon Sabahcare dan get the whole idea dulu macam mane cerita nanti.

Till then.

Happy holiday everyone. 







Tuesday, January 22, 2013

Progesterone Role


 Why it is important?

The level of progesterone varies with the menstrual cycle, and is responsible for most of the changes experienced by women during a month. Right after ovulation, the corpus luteum in the ovary starts releasing progesterone. The high level of progesterone causes the increase in temperature experienced by women after ovulation. If the egg is not fertilized, the corpus luteum dies, and progesterone levels drop. As a consequence, the lining of the uterus starts to bleed and is eliminated through menstruation. 

When the progesterone levels are low, the lining of the uterus might not be well prepared for the implantation to take place. Even if the implantation occurs, low levels of progesterone might make it hard for the pregnancy to develop, so the chances of miscarriage is high.


Source

Sunday, January 13, 2013

Perihal Sentap

Pagi tadi aturkan jadual dengan dua lagi kawan - sepasang suami isteri ke rumah senior kami yang baru lepas pantang.

Kisahnya anak kawan ni meragam sepanjang kami di sana.

Kawan kami yang datang sama ni, tangkap gambar kenangan kami kami yang kelam kabut pujuk baby dan upload lah ia ke facebook

Dan datanglah komen dari kawan lain 
"baby tu nanges sebab nak aunty2 yang visit die adekan kawan untuk die.."

Saya terus senyapkan diri.

Kalaulah dia tahu betapa kami menanti.

Saya bersangka baik dengan pujuk hati - dia tak rasa ujian menunggu tu sebab dia bunting pelamin. Mungkin tak pernah terfikir olehnya, dapat anak tu bukan semata mata dengan hubungan suami isteri.

Kun fa ya kun. Saya bulatkan hati reseki belum ada mungkin sebab Allah nak saya jaga lebih hubungan saya dan Dia.


Day 2 - Blood Test FSH LH

Beaufort
RM70 paid - investment :)

Thursday, January 10, 2013

New cycle

Bangun pagi macam di awang awangan sebab terasa perut (ari ari) ngilu. Tak pasti mimpi ke ape tapi relieve selepas buang air. Di tempat kerja, badan dah rasa lain lain dan sejuk sejuk. Terpaksa minta partner saya tolong cover.

Sangkaan saya betul. Saya period! Mixed feeling. Terus sms husband -- esok jom buat blood test.

Bersyukur kene jugak sebab ini peluang untuk ambil darah bagi Day 2 - LH FSH hormone.

Mudahkan lah ya Allah. Apa pun keputusan selepas ni, saya perlu bersedia untuk mulakan treatment, kalau perlu dengan ubat ubatan.

North Borneo Railway | Beaufort

Wednesday, January 9, 2013

Waiting

Cycle 60 | 8 January 2013

Hipotesis saya terbukti tersasar bile genap 60 hari masih lagi tak datang period. Saya nervous kerana

1 » Dari CD 45, higher temperature recorded. Indicate non fertile phase. Jika ia maintain tingggggi, anggapan manusia -- kemungkinan pregnant. Tapi tapi, UPT appear negative >.<

2 » 5 hari sederet belakang pinggang saya sakit. Jalan dah macam itik. Seksa. Kemuncak semalam sebab nak rukuk pun sampai bergegar lutut, lepas solat minta suami sapu minyak sambil nangis tersedu sedu.

Tapi Allah, dah lepas nangis terus nyesal. Mungkin banyak sangat merungut pinggang sakit, terus azam tak nak merungut pasal pinggang dah. Tup tup, pagi ni bangun pagi like no other day -- syukur dah boleh bergerak bebas.

3 » Menanti period untuk complete kan blood test. 7hb Januari dah buat test TSH, T4, Prolactin dan Testosterone. Tinggal satu lagi test sebelum jumpa Dr Del.

Dan tentunya, kalau Allah dah tulis rezeki bulan ni, tak pperlu kisah lagi dengan blood test tu. =) Wallahualam.

4 » Kami plan nak dating minggu depan. Nak semangat apply cuti berderet seminggu. Huhuhu~ Honeymoon selagi diberi masa.

---

Pada Dia lah diserahkan segala galanya.