Tuesday, December 25, 2012

Cervical Mucus

Assalamualaikum..

Sorry kalau tajuk topik gross pulak :l

Misteri mucus yang tak berape normal sebenarnye ni, mungkin sebab cycle ni saye anxiety dan tertunggu tunggu period kot. Saya nak completekan blood test untuk Day 2 menstual cycle f
or LH FSH investigation. Ermm..

Kebelakangan ni satu indicator -- mucus -- tak berapa betul. Sekejap dry lepas tu ade sticky pulak. Then dry balik. Die tak ikut timelime yang saye bace. Ke saye salah detect? Wuwu.


Dan semalam, balik kerja terperasan watery mucus. For record, today is CD 46. The longest cycle I have was 82 days.

Buntu jugak sebenarnye. Nak jumpe doktor, borang darah tak complete lg. Ape yang kami sedang buat, TTC naturally. Saye terfikir nak jumpe dietitian sebab terasa diet kami yang tak berapa seimbang ni.

Till then, will update this diary soon.

-----

Bulan ni angka umur akan bertambah ke 26 tahun. Dua tahun lepas, saye simpan niat dalam hati nak kawin di usia 25 tahun walaupun bayang bakal suami pun tak de. Ketentuan Allah, sebulan sebelum genap usia, saya sah sebagai isteri walaupun kami suami isteri seboleh bolehnya nak awalkan lagi. Kun fa ya kun. Rahsia Dia : kita plan, tapi tetap Dia yang jalankan. Untuk rezeki yang satu ni, kami akan usaha. InsyaAllah. Turun naik iman itu cabaran, doakan kami.


Pasar Filipina | Kota Kinabalu

Monday, December 17, 2012

Ingatan ketika lupa

Deretan kedai lama | Beaufort
Atas apa pun yang terjadi hari ni (sengaja tak nak tulis sebab tak mahu jadikan memori) ketahuilah lelaki yang Allah jadikan suami untukmu sememangnya mulia..

Kesabarannya
Kemampuannya memaafkanmu berkali kali

Muliakanlah dia selayaknya

"Dan nikmat Tuhan yang manakah yang hendak kau dustakan?"

Saturday, December 15, 2012

Dugaan akhir tahun

Result progesterone test
Result untuk ujian darah Day 21 dah dapat seperti yang tertera. Based on the result, with my own understanding --- I can say the level was below targeted range and this might explained the reason of my irregular menses. Tak bawa jumpa Dr. Del pun lagi tapi sebaknye hati Allah je yang tahu. I will eloborate more on the result after my meeting with Dr as my blood tests still not complete ( masih ade 3 tests tak buat sebab kene tunggu next cycle)

Untuk rekod, hari ni saya kehilangan handphone saya. Sangat careless sebab pass kereta kat car wash tapi tak perasan handphone tertinggal. Hilang mood satu hari. Kebetulan ayah saya datang ke Sabah dan kami hantar ayah ke airport hari ni. Tak disangka, saya menangis habis habisan mase sesi bye bye. I am still her little girl inside walaupun dah jadi isteri orang selama setahun.

Self note
No menses yet
No EWCM detected lagi



Tuesday, December 11, 2012

Ovulation Test : Double Lines

LH Ovulation Urine Stripe

Walaupun saye edit background colour tu ; tapi both lines tu asalnya sama warna



Quick update yang tertangguh -- Jumaat lepas saya buat urine test untuk check hormon LH, tergerak hati nak buat sebab seminggu ni cervical mucus ade tanda tanda fertile. As expected, double lines on the strips which may indicated LH surge. Saya sengaja tak bagitahu husband sebab takut beliau anxiety. Urm...


The LH surge will typically occur somewhere between 12 and 48 hours to the time that a woman ovulates - Babyhopes.com

Sepatutnya saya buat beberapa hari untuk test ni tapi sebab kene uruskan beberapa hal jadi tak dapat nak fokus on the test thus the baby-making process dah terabai masa dalam waktu genting tu. After several days, I still have this hope that we hit the jack. Semalam sebelum tidur saya telan sesudu besar madu dengan harapan dan doa kalau-kalau ovulate beberapa hari ni, masih ada peluang. Kun fa ya kun.

Self-note:
Lowest BBT 35.09 degree (Sunday) followed by 36.17 (Monday) and today is 36.42 (Tuesday)
Cervical Mucus - egg white cervical mucus not detected yet

Mungkinkah..


Random references - EWCM after ovulation

Thursday, December 6, 2012

Dari lubuk hati paling dalam

Beaufort | Lampu rumah lama
Usai solat Zohor tadi, teringat dialog seorang ibu muda dengan anak dalam kandungannya. Sangat manis walaupun katanya respon anak adalah tendangan dalam perut. Tak sengaja, saya gosok perut sendiri walaupun sampai ketika ni, belum ada nyawa di dalam sana. Hiba.

Ayat pujuk hati, saya cuba senaraikan apa yang Allah dah bagi selama ni.

Allah dah bagi saya ibu bapa kandung yang saya rasa tak terbanding harganya. Dan saya bersyukur dengan kemesraan mertua walaupun saya akui saya masih takut-takut ( selepas kahwin, kami terpisah dengan Laut China Selatan)


Allah bagi suami yang terbaik walaupun perkenalan kami sangat singkat. Suami datang merisik di usia perkenalan baru 5 bulan. Tak sampai setahun selepas itu, kami bernikah. Alhamdulillah.

Allah bagi saya kesenangan dalam mengejar ilmu walaupun taklah sampai ke negara Eropah.


Allah bagi saya tempat kerja yang terbaik. Tak perlu sampai berpisah dengan suami tak seperti kawan-kawan sejawatan saya yang lain. Cabaran tempat kerja tu biasalah..

.
.
.


Bersabarlah hati.


Tuesday, December 4, 2012

Manggis dan Kesuburan??

Semalam staf suami saye ade tapaukan sekotak manggis. Lebih 50 biji rasenye.. Saya dan suami berhabis makan tapi tak larat jugak jadi simpan untuk malam ni.

Bila manggis dah tinggal kurang sepuluh, tiba-tiba isteri beliau yang curious ni tanya ..

"Agak - agak manggis ni ade effect kat telur (ovum) orang tak? Tengah on the way ni.. " (muka confident)

Suami berhenti makan, pandang isteri, "ye ke... erm, tapi tak setajam nenas kot.. "

Dua-dua sambung makan senyap-senyap.

Hopefully tak ade effect. O.o!

Hasil google

Source but no evidence available

Backdated : First Scan

Old school private clinic | Beaufort
Gambar lama semasa first visit ever untuk buat scan. RM45 per session but without scan copy. Tak tahu la ni rate biasa atau tak sebab tak pernah survey dan masa pergi ni pon sebab nak mengekor staf yang ada appointment =___= First time jugak mase ni Dr cadangkan untuk mulakan Clomid tapi saya tolak. Saya tak mahu start apa-apa hormone treatment lagi sebab tak pernah buat test dan saya takut telan ubat!

PCM (aka Panadol) pun sanggup tunggu sampai terlantar baru telan. >.<


Friday, November 30, 2012

Blood Test Cycle Day 21

Alhamdulillah smpat ke klinik hari ni ambil darah untuk test progesteron. RM35 per test. Hari tu dah terlepas Day 2 jadi kena tunggu next cycle. Harap harap tak perlu buat blood test untuk test hormon la *wink* Ameen ameen  ameen


Self note :
Highest temperature recorded 36.55 degree Celcius today
Cervical Mucus : Creamy Day 2

Doctor's plan on my previous visit

Sunday, November 25, 2012

October cycle

Sebenarnye tak pasti nak letak tajuk ape sebab Oktober cycle kinda weird. Tapi we stay with it for time being la sampai saya tahu nak rename ape nanti.. Hehe~

Anyyyyway, hari tu dah story tentang OvuView dan Omron Termometer kan.. Jadi kali ni nak share tentang BBT charting. I did quite a number of readings before embark to this method. Walaupun dah try sejak September lepas, unfortunately saya baru ade satu cycle lengkap BBT chart. Period irregular memang beginilah kejadiannya.

One menstrual cycle start from your first day of menses and end when you get your next menses. It involves a lot of hormones regulation hence it differs from one woman to another. (own definition)

Julat cycle saya dalam 30 hingga 60 hari, outliers pernah sampai 82 hari. >.< See the range? Macam mane nak conceive sedangkan ovum hanya mampu survive 24jam sahaja selepas ovulasi. Kebarangkalian less than 0.017%. Ya, we love numbers but this numbers are bitter truth. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia Dia. Jadi tugas kite? Usaha sahaja :) dan target precisely.

Dah tepek sini baru perasaan tak crop iklan. Lain kali lah :P
Dulu-dulu masa belajar kat universiti macam pernah register dalam kepala lecturer cakap Luteal Phase length will always be 14 days. And it happened that my period came exactly 14 days after the temperature drop! If the temperature remains elevated more than 18 days; it is a fat chance you're getting pregnant (in my case nope sebab after 57-days from first menses, i got period)

My view:
BBT charting is a roller coaster. And it will affect us emotionally. Be prepared. Lagi-lagi kalau suami asyik tanye "suhu pagi tadi berape sayang?" =__=!




Disclaimer : All this info are simplified from my own understanding with the helps of Google-ing here and there plus some readings from my medical point of view.






Hubungan dengan Penerima doa

Ada dua tiga kali hati saya terdetik, kenapa rezeki kami lambat berbanding orang lain.. Kenapa Allah lambat makbulkan doa kami.. Beberapa kali soalan-soalan macam ni datang. Saya cuba istighfar banyak-banyak sebab pernah bace kite sebagai hamba tak boleh bersangka buruk dengan Allah.

Dari segi ibadat -- saya letakkan diri saya dalam golongan biase-biase. Ibadat wajib saya sebolehnya akan buat, ibadat sunat buat bila ada gerakan hati dan tak konsisten. Hmmm..

Bila tulis sebegini terasanya kerdil jiwa ni. Mengharap tapi sebenarnya macam tak layak lagi.

Saya tengah cuba baiki hubungan saya dengan Allah walaupun saya mengaku memang ade pasang surut. Di tempat kerja saya cuba buat solat Dhuha tiap-tiap pagi tapi kadang-kadang bila dah sibuk sana sini, diri sendiri menangguh nangguh lepas tu tak sempat buat sebab dah masuk watu Zohor. Jauh sudut hati menyesalnya tak solat tadi sebab mana tahu waktu tu Allah nak makbulkan doa kite..

Tentang aurat, saya masih bersederhana. Pergi kerja berstokin lengkap, tapi bila keluar ke pasar.. pakai selipar je. Tudung masih bawal. Yang berubah cuma saya baru pandai pakai neck covered inner. Saya tahu suami mengharapkan saya tutup aurat saya dengan sempurna sebab pernah dua tiga kali beliau tanya bila nak tukar tudung.

Allah.

Gambar hiasan | Kota Kinabalu, Sabah


My case history

Background
My husband and I are both 25 years old. Married on 28th November 2011
Work at some emotionally challenging institution (should state this as underlying factors. hehe~)

Body Mass Index : 25.1 (Above par : Normal Range for Asian 22-25kg/meter squared)

Belum pernah jumpa pakar, hanya jumpa doktor biasa sebab nak ikut nasihat doktor to try to conceive naturally for one year (time up! First anniversary celebrated!)


Menstual Cycle
I have irregular menstual cycle sejak umur 13tahun. Dengan julat masa 60 - 70 hari. Sangat jarang seingat saya period datang sebulan sekali. Sejak kahwin, pernah sekali sampai 3 bulan tak datang. Buat UPT jangan kata la, dah berbatang-batang. Tapi setiap kali nampak single line -- pedih :'( Dulu mark dekat kalender. Main pangkah-pangkah tapi tak buat rekod kat mane-mane dah. Sekali bila kene pindah rumah akhir September lepas, kalendar tu tertinggal kat rumah lama. Takde dah rekod period yang lame selain di bawah ni je la

24 Jun 2012 (gap to next cycle 82days)

14 September 2012 (gap to next cycle 57days)

10 November 2012

Yang 82 hari tu paling lame tak datang period. Dah pergi jumpa doktor dekat tempat husband kerja tapi end up demotivated sebab saye malu dah (sikit la) bila doktor kate saye anxious sangat padahal belum pun setahun kahwin. I cant blame her because i went to see her almost every month! Haha~

Self-diagnosis
Hormonal imbalance
Overweight 

Plan for TTC to be succeed
Lifestyle modificaton
Diet management
Body Basal Temperature charting
Baby-Dancing 3x per week



Nanti sambung.. nak kuar gi pasar

Saturday, November 24, 2012

OvuView - Period Tracker

Kalau ikut manual kene print chart semua la, kemudian setiap hari kene tulis. Walaupun termometer tu ade last reading recall -- saye ade jugak la sekali dua terbabas dari catat suhu lepas tu memory pun terpadam T_T

Apa yang saya buat, saya download saye application OvuView - Period Tracker untuk Android dan gunakan function nya semaksima mungkin. :) Untuk iPhone series -- maaf saye tak tahu. Huhu~ Saya puas hati dengan applikasi ni sejak dah guna dari bulan September. Pernah jugak try apps lain tapi kureng sikit.

Google image
 Apa yang ia ada? (Cut and paste)

Key features include:
• 14 fertility awareness methods
• tracking many symptoms, taking notes
• calendar view
• advanced chart showing temperature and symptoms
• guiding hints
• educational tips and information about your menstrual cycle and your fertility signs
• cycle statistics
• automatic morning notification to record basal body temperature (BBT)
• data backup/restore
• data import from ‘My Days’, ‘WomanLog Calendar’ and ‘Fertility Friend’
• color themes
• demo mode (giving you a glimpse of what the app is capable of in the long run)

Yang bestnya -- it's FREE! Hehe~ Of course the Pro features lagi best dari yang free sebab boleh personalised lagi warna themes etc. Tapi so far, yang free ni pun dah memadai untuk saya.




Body Basal Temperature (BBT) - Termometer Hunting

Alkisah mula tahu pasal BBT lepas tanya kawan. Mereka pon geng TTC juga dan alhamdulillah rezeki dari Allah mereka berjaya. Cerita punya cerita, keluarlah cerita dorang try method catat suhu lepas consult dengan doktor. Jadi kami pon excited cari termometer sana sini. Bukan sebarang termometer ye.

Sebelum tu kami tengah cuba method ovulation predictor kit (OPK). Saye buat entry lain nanti. InsyaAllah.

Kami tinggal di Beaufort -- 100km away from Kota Kinabalu, jadi misi mencari tu jadi lama pulak. Dua tiga kedai farmasi yang kami masuk tak jumpe-jumpe. Kebetulan balik Semenanjung bulan Mei hari tu tapi tak tercari pulak sebab tengah sibuk dengan kerja kahwin adik saya. Saya siap tebal muka minta tolong dengan kawan untuk carikan termometer tu. Tapi still nan ado.

Ambil masa beberapa bulan jugak -- erm mungkin sebab mase tu tak 'into' nak catat suhu lagi jadi tak bersungguh sangat nak dapatkan termometer. Short cut : baru teringat nak tanye kawan beli kat mane! Dang! Haha~ Kenapelah aku tak tanye awal-awal.

Bulan September
Kami kene pergi Sandakan untuk 2 hari kursus. Jadi baru berkesempatan nak turun KK. Sementara tunggu flight, pusing-pusing kejap Kompleks Karamunsing. Untuk orang Sabah, tempat ini macam lubuk gadget la. Pastu ternampak ni untuk pertama kalinya.

*curi-curi amik gambar dari almari kaca*
 
Tapi kedai farmasi tu tak bukak lagi walaupun dah waktu operasi. =( Tak jadi jugak beli hari tu sebab nak lari pergi airport. Kat Sandakan ade jugak curi-curi mase pergi farmasi tapi tak jadi beli jugak sebab takut kalau tak boleh gune ke ape takkan nak pergi Sandakan kan..

Hinggalah mase cuti 16 September tu barulah dapat beli. Tu pun pergi Karamunsing jugak.

Brand Omron MC-272L. After discount - RM 55

Ade manual -- senang je nak gune :)
Misi catat suhu pun bermula walaupun seminggu pertama tu macam ade la terlupa nak catat. Next i will review on it!

Tips : Jangan segan kautim harge kat farmasi. Biasanya akan dapat harga lebih murah la.





Friday, November 23, 2012

Bismillah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Tercetus nak buat catatan maya tentang usaha nak pregnant bila terbaca di web babycenter. Asalnya dari Dr Hazwani ni, kemudian dua tiga hari ni duk layan blog geng-geng yang seangkatan dengannya. Lalu terhasil lah blog ni :)

Catatan mereka sangat bagi saya semangat. Terasa seperti diri ni tak sorang-sorang. Sebab hanya orang yang sama kasut dengan kita je faham perasaan jauh di sudut hati nak nya ada zuriat sendiri -- dari rahim sendiri mengandungkan anak dari benih yang halal.

It's not easy for me emotionally.

Pernah nangis beberapa kali tapi bukan la sampai total break down. Alhamdulillah. Just nangis nak legakan hati. Terima kasih untuk suami yang memahami dan berusaha sama-sama walaupun baru je masuk 13 bulan perkahwinan.

Hoho~ ingat nak buat entry pengenalan je. :P

So, here it is! Semoga saya terus istiqamah menulis dan paling penting ia jadi salah satu usaha untuk diri saya sendiri supaya sentiasa ingat dengan ujian ni. Ye, ia ujian dan juga rahmat.

Ujian supaya kita tak lupa untuk terus ingat pada Allah dan letakkan kebergantungan terhadap qada dan qadarNya. Dan ia juga rahmat supaya kami suami isteri terus kuat.


-- 23 November 2012 --
Beaufort, Sabah