Thursday, February 14, 2013

Permintaan

Panjangnya list nak minta dari Allah.

Nak sihat
Nak anak
Nak pindah
Nak bahagia
Nak parents panjang umur
Nak kurang dosa
Nak orang kurang mengata

Nak nak nak nak segalanya mahu.

Tak perlu sangka buruk sebab Dia Maha Kaya.
Minta saja. Tapi kenal lah sifat Dia supaya hati lembut.

Tang Dynasty Over view | Kota Kinabalu

Saturday, February 9, 2013

Set of test

Minggu lepas ke klinik review jumpa Dr Del.

Semua result blood test dah complete. Alhamdulillah, FSH, LH Prolactin dan TSH semua in range aka normal. Yang lower than target adalah progesterone. Pasrah dan bersyukur sekurang kurangnya sekarang dah ade clue kenapa usaha belum terhasil.

Kali ni bawak husband sekali jumpe Dr.

Hari tu tak datang sekali sebab husband kene cover colleague dia kerja. Bagus datang bersama sebab apa pun yang Dr nasihat, dua dua boleh dengar dan sama sama faham.

Hasil review hari tu -- Dr cadangkan buat complete set of test ie HSA, HSG, Hep B HIV test.

Test ni penting sebelum jumpa pakar nanti. Dr Del's future plan buat test dulu semua kemudian kalau perlu baru jumpa specialist to speed up the process of waiting. Kami di Sabah, dan tak banyak choice nak review kat mane. We will try our best dulu dan cuba untuk tidak buang masa.

Time is ticking ie umur semakin meningkat. Kalau perlu dibantu, I want to get help as soon as possible.

Alhamdulillah husband pun dah ready nak buat semen analysis (HSA). Dan saya perlu ready fizikal mental nak buat HSG. It's not easy to allow a complete stranger digging out down there. T_____T Dan dengan itu, saya sekarang bizi membaca sana sini pengalaman orang lain.

Will try our best to get a female specialist first. Hasil Google, dah masukkan Dr Cheong Yee Tsing on the list. Kene telefon Sabahcare dan get the whole idea dulu macam mane cerita nanti.

Till then.

Happy holiday everyone.