Tuesday, December 25, 2012

Cervical Mucus

Assalamualaikum..

Sorry kalau tajuk topik gross pulak :l

Misteri mucus yang tak berape normal sebenarnye ni, mungkin sebab cycle ni saye anxiety dan tertunggu tunggu period kot. Saya nak completekan blood test untuk Day 2 menstual cycle f
or LH FSH investigation. Ermm..

Kebelakangan ni satu indicator -- mucus -- tak berapa betul. Sekejap dry lepas tu ade sticky pulak. Then dry balik. Die tak ikut timelime yang saye bace. Ke saye salah detect? Wuwu.


Dan semalam, balik kerja terperasan watery mucus. For record, today is CD 46. The longest cycle I have was 82 days.

Buntu jugak sebenarnye. Nak jumpe doktor, borang darah tak complete lg. Ape yang kami sedang buat, TTC naturally. Saye terfikir nak jumpe dietitian sebab terasa diet kami yang tak berapa seimbang ni.

Till then, will update this diary soon.

-----

Bulan ni angka umur akan bertambah ke 26 tahun. Dua tahun lepas, saye simpan niat dalam hati nak kawin di usia 25 tahun walaupun bayang bakal suami pun tak de. Ketentuan Allah, sebulan sebelum genap usia, saya sah sebagai isteri walaupun kami suami isteri seboleh bolehnya nak awalkan lagi. Kun fa ya kun. Rahsia Dia : kita plan, tapi tetap Dia yang jalankan. Untuk rezeki yang satu ni, kami akan usaha. InsyaAllah. Turun naik iman itu cabaran, doakan kami.


Pasar Filipina | Kota Kinabalu

Monday, December 17, 2012

Ingatan ketika lupa

Deretan kedai lama | Beaufort
Atas apa pun yang terjadi hari ni (sengaja tak nak tulis sebab tak mahu jadikan memori) ketahuilah lelaki yang Allah jadikan suami untukmu sememangnya mulia..

Kesabarannya
Kemampuannya memaafkanmu berkali kali

Muliakanlah dia selayaknya

"Dan nikmat Tuhan yang manakah yang hendak kau dustakan?"

Saturday, December 15, 2012

Dugaan akhir tahun

Result progesterone test
Result untuk ujian darah Day 21 dah dapat seperti yang tertera. Based on the result, with my own understanding --- I can say the level was below targeted range and this might explained the reason of my irregular menses. Tak bawa jumpa Dr. Del pun lagi tapi sebaknye hati Allah je yang tahu. I will eloborate more on the result after my meeting with Dr as my blood tests still not complete ( masih ade 3 tests tak buat sebab kene tunggu next cycle)

Untuk rekod, hari ni saya kehilangan handphone saya. Sangat careless sebab pass kereta kat car wash tapi tak perasan handphone tertinggal. Hilang mood satu hari. Kebetulan ayah saya datang ke Sabah dan kami hantar ayah ke airport hari ni. Tak disangka, saya menangis habis habisan mase sesi bye bye. I am still her little girl inside walaupun dah jadi isteri orang selama setahun.

Self note
No menses yet
No EWCM detected lagi



Tuesday, December 11, 2012

Ovulation Test : Double Lines

LH Ovulation Urine Stripe

Walaupun saye edit background colour tu ; tapi both lines tu asalnya sama warna



Quick update yang tertangguh -- Jumaat lepas saya buat urine test untuk check hormon LH, tergerak hati nak buat sebab seminggu ni cervical mucus ade tanda tanda fertile. As expected, double lines on the strips which may indicated LH surge. Saya sengaja tak bagitahu husband sebab takut beliau anxiety. Urm...


The LH surge will typically occur somewhere between 12 and 48 hours to the time that a woman ovulates - Babyhopes.com

Sepatutnya saya buat beberapa hari untuk test ni tapi sebab kene uruskan beberapa hal jadi tak dapat nak fokus on the test thus the baby-making process dah terabai masa dalam waktu genting tu. After several days, I still have this hope that we hit the jack. Semalam sebelum tidur saya telan sesudu besar madu dengan harapan dan doa kalau-kalau ovulate beberapa hari ni, masih ada peluang. Kun fa ya kun.

Self-note:
Lowest BBT 35.09 degree (Sunday) followed by 36.17 (Monday) and today is 36.42 (Tuesday)
Cervical Mucus - egg white cervical mucus not detected yet

Mungkinkah..


Random references - EWCM after ovulation

Thursday, December 6, 2012

Dari lubuk hati paling dalam

Beaufort | Lampu rumah lama
Usai solat Zohor tadi, teringat dialog seorang ibu muda dengan anak dalam kandungannya. Sangat manis walaupun katanya respon anak adalah tendangan dalam perut. Tak sengaja, saya gosok perut sendiri walaupun sampai ketika ni, belum ada nyawa di dalam sana. Hiba.

Ayat pujuk hati, saya cuba senaraikan apa yang Allah dah bagi selama ni.

Allah dah bagi saya ibu bapa kandung yang saya rasa tak terbanding harganya. Dan saya bersyukur dengan kemesraan mertua walaupun saya akui saya masih takut-takut ( selepas kahwin, kami terpisah dengan Laut China Selatan)


Allah bagi suami yang terbaik walaupun perkenalan kami sangat singkat. Suami datang merisik di usia perkenalan baru 5 bulan. Tak sampai setahun selepas itu, kami bernikah. Alhamdulillah.

Allah bagi saya kesenangan dalam mengejar ilmu walaupun taklah sampai ke negara Eropah.


Allah bagi saya tempat kerja yang terbaik. Tak perlu sampai berpisah dengan suami tak seperti kawan-kawan sejawatan saya yang lain. Cabaran tempat kerja tu biasalah..

.
.
.


Bersabarlah hati.


Tuesday, December 4, 2012

Manggis dan Kesuburan??

Semalam staf suami saye ade tapaukan sekotak manggis. Lebih 50 biji rasenye.. Saya dan suami berhabis makan tapi tak larat jugak jadi simpan untuk malam ni.

Bila manggis dah tinggal kurang sepuluh, tiba-tiba isteri beliau yang curious ni tanya ..

"Agak - agak manggis ni ade effect kat telur (ovum) orang tak? Tengah on the way ni.. " (muka confident)

Suami berhenti makan, pandang isteri, "ye ke... erm, tapi tak setajam nenas kot.. "

Dua-dua sambung makan senyap-senyap.

Hopefully tak ade effect. O.o!

Hasil google

Source but no evidence available

Backdated : First Scan

Old school private clinic | Beaufort
Gambar lama semasa first visit ever untuk buat scan. RM45 per session but without scan copy. Tak tahu la ni rate biasa atau tak sebab tak pernah survey dan masa pergi ni pon sebab nak mengekor staf yang ada appointment =___= First time jugak mase ni Dr cadangkan untuk mulakan Clomid tapi saya tolak. Saya tak mahu start apa-apa hormone treatment lagi sebab tak pernah buat test dan saya takut telan ubat!

PCM (aka Panadol) pun sanggup tunggu sampai terlantar baru telan. >.<