![]() |
| Beaufort | Lampu rumah lama |
Ayat pujuk hati, saya cuba senaraikan apa yang Allah dah bagi selama ni.
Allah dah bagi saya ibu bapa kandung yang saya rasa tak terbanding harganya. Dan saya bersyukur dengan kemesraan mertua walaupun saya akui saya masih takut-takut ( selepas kahwin, kami terpisah dengan Laut China Selatan)
Allah bagi suami yang terbaik walaupun perkenalan kami sangat singkat. Suami datang merisik di usia perkenalan baru 5 bulan. Tak sampai setahun selepas itu, kami bernikah. Alhamdulillah.
Allah bagi saya kesenangan dalam mengejar ilmu walaupun taklah sampai ke negara Eropah.
Allah bagi saya tempat kerja yang terbaik. Tak perlu sampai berpisah dengan suami tak seperti kawan-kawan sejawatan saya yang lain. Cabaran tempat kerja tu biasalah..
.
.
.
Bersabarlah hati.

No comments:
Post a Comment
Doakan kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah ye~ :) TQ!!